Macam mana puasa kita tahun 2016 ni..?? Semua OK..?? :-)
Siapa yang dirumahnya ada Akuarium ikan..? Sila Angkat kening sebelah...haha
Ok, kalau kawan2 belum ada akuarium , dan berminat nak bela ikan, dan miliki akuarium yang cantik mata memandang, mungkin kawan2 boleh mulakan dengan ikan laga ni...
Sebab Apa.? sebabnya ialah kerana....
- Ikan ini Cantik sebagai hiasan
- Kos yang rendah untuk hobi baru
- Ikan ini Tidak memerlukan motor oksigen.
- Mudah dijaga/ dibersihkan
- Mudah di kembang biak.
- Boleh di bawa bertanding
Ikan Laga ada jantan dan betinanya. Species pun banyak.
Ikan jantan sifatnya cantik dan berekor kembang. Lebih besar dari si betina, tetapi Ikan laga Jantan tidak boleh disatukan dengan jantan yang lain, kerana mereka akan berlaga/ berlawan.
Hanya ikan betina sahaja yang boleh hidup beramai2. Warna yang sama menarik dengan si jantan tetapi memiliki tubuh yang lebih kecil dan tidak secantik si jantan. Di dalam Dunia Haiwan biasanya Jantan Lebih cantik dari si betinaa... hehe
wallahua'lam...
Ikan Laga Jantan & Betina ini BOLEH disatukan Apabila hendak di kahwinkaaaann/ di biakkan....
Bermula dengan proses Perkenalan, dating, & Alam perKahwin...
Tetapi yang sedihnya.., Ikan betina tadi akan di ceraikan apabila selesai sahaja bertelor. Bak kata pepatah, habis madu sepah di buang... hihi
Di sebabkan ikan ini bersifat agresif & suka berlaga, maka ada juga orang2 yang melagakannya untuk suka2 & juga duit. Tetapi perbuatan ini hendaklah di hentikan kerana ianya adalah satu penganiayaan kepada binatang. Tambah lagi yang cantik2 macam ikan laga.
sekian.
Jom layan Video abang kat bawah ni...
TQ
Ikan Laga Telinga Gajah
~ Jumpa Lagi ~
____________________________________________________________
Mencari Peluang Tambah Pendapatan.!!










